Apa tu Kelas Kebakaran & Segitiga Kebakaran? Macam mana nak kelaskan kebakaran tu dan gunakan alat pemadam api yang sesuai? Sebelum kita cerita tentang kelas kebakaran, ketahui dahulu apa itu Segitiga Kebakaran.

Apa itu Segitiga Kebakaran?

Terdapat 3 elemen utama dalam pembentukan api, iaitu Haba, Oksigen dan Bahan. 3 elemen ini perlu berpadu untuk membentuk kebakaran. Jika salah satu elemen ini tiada, maka api tidak akan terhasil sama sekali. 3 elemen tersebut adalah:

  1. Bahan Api : suatu unsur terkandung gas atau wap
  2. Oksigen : Membantu proses kebakaran
  3. Haba : Sejenis tenaga yang menaikkan suhu bahan api
Segitiga Kebakaran
Kredit: Bomba & Penyelamat Malaysia

Terdapat juga satu faktor lain – Tindak Balas Berantai. Tindak Balas Berantai ini menyebabkan kebakaran menjadi marak atau besar, mempunyai unsur radikal-radikal bebas dari udara.

Kelas Kebakaran atau Jenis Api

1) Api Kelas A
Melibatkan benda pepejal. Pembakaran menghasilkan bara api seperti kayu, kertas dan kain. Ia boleh dipadam dengan air.

2) Api Kelas B
Kebakaran yang berpunca daripada minyak,gris dan cat. Pembakaran kelas ini menghasilkan wap ke atas bahan bakar. Ia boleh dicegah dengan menggunakan alat pemadam api jenis karboh dioksida. Jika anda menggunakan air, ia akan menimbulkan minyak di atas air dan api akan menjadi lebih merebak. Cara paling berkesan adalah menggunakan selimut basah.

3) Api Kelas C
Api yang terhasil kebiasaanya adalah kerana kebocoran gas. Ia boleh dipadamkan dengan mematikan punca bekalan atau menampal kebocoran.

4) Api Kelas D
Api ini terhasil akibat pembakaran logam yang mempunyai bahan kimia seperti besi phosporus, magnesium, gas asitilin dan sebagainya.

Kelas Kebakaran
Gambar rajah diatas menunjukkan kelas kebakaran dan contoh jenis api. (dalam english)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *